Pengetua Maktab SOAS Pengiran Haji Zahari Pengiran Haji Ahmad semasa ucapan alu-aluannya
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Jangan Tinggalkan Sembahyang! Merupakan peringatan oleh penceramah undangan khas, Haji Sadini Haji Sujak semasa sambutan awal tahun Hijrah bagi Maktab Sultan Omar Ali Saiffuddien. Beliau mengatakan tata tertib sembahyang dan cara sembahyang telah terbukti dari segi saintifik membawa kebaikan bagi tubuh badan.
Sambutan Hijrah telah dihadiri oleh penuntut tahun 7 dan 8 yang mana mereka telah mengambil iktibar dari ceramah yang memberi semangat keagamaan kepada mereka. Semasa sambutan tersebut bacaan al-Quran telah dibacakan oleh Mohd Hafizuddin Mohmmad dari menengah 3 yang membaca Surah An-Nisa Ayat 97-100. Manakala persembahan sajak telah di persembahkan oleh Irsyadi Mohd Noor dan Awangku Mohd Hazizul.
Pengetua SOAS Pengiran Haji Zahari Pengiran Haji Ahmad mengatakan sambutan Hijrah adalah bagi penuntut menghayati ertinya hijrah dan dengan adanya ceramah penuntut bolehlah mengambil tauladan daripadanya.