Anjuran Jabatan Bimbingan & Kaunseling Maktab SOAS
Kem Motivasi ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 20hb Mac 2009 hingga 22hb Mac 2009. Maktab SOAS selaku penganjur telah menjemput beberapa sekolah menengah untuk bersama-sama menjayakan perkemahan ini. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah : Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri dan Sekolah Menengah Sayidinna Umar Al-Khattab, Lumapas.
Perkemahan ini adalah aktiviti tahunan Jabatan Bimbingan dan Kaunseling Maktab SOAS dan ianya merupakan perkemahan kali kedua diadakan.
Perkemahan kali ini diadakan bertujuan sebagai salah satu pendekatan yang efektif bagi menyedarkan para pelajar dan memupuk sahsiah pelajar agar menjadi pelajar yang bertanggungjawab, berdisiplin, berkeyakinan tinggi dan pandai membuat keputusan yang bijaksana. Dengan adanya program yang telah disediakan di dalam kem motivasi ini, diharap para pelajar akan dapat meraih pencapaian akademik yang cemerlang pada peperiksaan P.M.B nanti.
Dalam era globalisasi ini sudah setentunya menuntut para pelajar agar tahu menangani pelbagai cabaran dan persaingan yang sihat dalam menentukan cara hidup dan pemikiran yang dinamik. Oleh yang demikian, diharapkan kem motivasi ini dapat memupuk sifat berkerjasama dan berkeyakinan tinggi dan menjadikan mereka pelajar yang dinamik dan mempunyai sifat kepimpinan yang dapat diasuh melalui aktiviti-aktiviti luaran seperti ini.
Aktibiti ini juga adalah salah satu kegiatan yang telah disediakan di sepanjang musim cuti persekolahan menjadikan waktu cuti-cuti persekolahan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah daripada membuang waktu dengan tiada tujuan.
Antara aktiviti-aktiviti yang terkandung di dalam kem motivasi ini ialah:
1. Aktiviti kepimpinan jati diri – pelajar berkerjasama dengan kumpulan mendirikan kemah untuk memupuk semangat bekerjasama, bertanggungjawab disamping menanamkan sifat berdikari dan mempertingkatkan peranan “self-reliance”
2. Aktiviti riadah ke Taman Tasek
3. Ceramah Motivasi oleh Hans Anwar
4. Taklimat menuju kecemerlangan diri terutama dalam akademik oleh Jabatan Kaunseling Maktab SOAS.
5. Mini Concert oleh Phuture Phase Production
6. Lawatan sambil belajar ke Pusat Promosi Kesihatan
7. “Astrological viewing” dari Bahagian Deodetik, Jabatan Ukur.
8. Taklimat dari Bahagian Pendidikan Biro Kawalan Narkotik
9. Aktiviti Recall & Persembahan Para Peserta Perkemahan
10. Aktiviti Berkebajikan iaitu membersihkan sampah di kawasan Taman Tasek.
11. Aktiviti yang berkonsepkan “Preserve & Go Green” untuk menanamkan sifat bertanggungjawab terhadap alam sekitar .
Hans Anwar dijemput sebagai motivational speaker bagi kem Kaunseling 2009 kerana beliau adalah salah seorang bekas penuntut Maktab Soas yang berjaya di dalam bidang kerjaya beliau sebagai peguam dan juga telah berjaya di dalam bidang music iaitu menjadi producer bagi Phuture Phase Production.
Pada malam pertama hari perkemahan, beliau telah sempat mempersembahkan beberapa buah lagu bersama dengan artis di bawah production beliau iaitu Lo Rider.
Hans Anwar juga berbesar hati apabila lagu ciptaan beliau “Hujan Barai-barai” dijadikan sebagai lagu tema Kem Motivasi 2009. Antara maksud yang terkandung di dalam lagu itu ialah :
1. Berhati-hati di dalam kehidupan
2. Jangan menyakiti hati orang lain
3. Sebagai anak Brunei, bersamalah kita menuju kejayaan
4. Hilangkan sifat iri hati dan dengki.
5. Jangan menilai dan memandang rendah kepada orang lain kerana kita sendiri belum tentu
# Producer of Official Theme Songs and Official Album (LOCAL & INTERNATIONAL) & Drama Soundtrack (Local & International)# Radio and TV Jingles for: Pelangi FM, National FM, Nurislam, Harmoni FM, Pilihan FM, RTB News, RTB 1, RTB 2, & RTB International
LAWATAN KE PUSAT PROMOSI KESIHATAN
Lawatan ini telah diadakan pada 21hb Mac 2009. Antara tujuan lawatan itu ialah untuk memberikan kesedaran kepada semua pelajar tentang keburukkan merokok dan akibatnya. Taklimat telah disampaikan oleh Pg Annuar dari Pusat Promosi Kesihatan. Seramai 140 orang penuntut dan guru telah menghadiri taklimat tersebut yang bertempat di dewan studio pusat promosi. Selepas taklimat, sesi soal jawab diadakan dan seterusnya pelajar beredar melawat ke ruang pameran. Lawatan bermula dari jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.
Aktiviti ini telah diadakan pada 21hb Mac jam 4:00 ptg. Semua pelajar dan guru bersama-sama berjalan kaki ke Taman Tasek. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti amal iaitu membersihkan/mengutip sampah di kawasan Taman Tasek, aktiviti “Preserve And Go Green” dimana ianya bertujuan mempertingkatkan kesedaran dikalangan pelajar mengenai “Global Warming”. Aktiviti yang terakhir adalah aktiviti riadah dimana pelajar bergerak untuk beriadah secara berkumpulan dengan diawasi oleh guru pengawas.
Pada malam 21hb Mac, Bahagian Deodetik dari Jabatan Ukur telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai astrologi dan planet. Antara kandungan taklimat ialah bertujuan untuk menambah pengetahuan pelajar mengenai bumi dan persekitarannya. Sesi soal jawab juga telah diadakan pada penghujung taklimat. Selepas mendengar taklimat, pelajar dibawa ke luar dewan untuk menyaksikan planet-planet seperti Planet Saturn, Bulan, Planet Uranus dengan menggunakan telescope yang telah disediakan oleh Jabatan Deodetik
Aktiviti Recall telah diadakan pada tengah malam 21hb Mac dimana ianya bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kasih-sayang ibubapa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh ibubapa kepada para pelajar. Aktiviti recall ini telah menyedarkan sebilangan besar pelajar tentang kesalahan yang telah mereka buat dan mereka menyedari dan mengesali keterlanjuran mereka. Aktiviti ini dijalankan bersama dengan Duta AIDS Council di bawah bimbingan Cg Iswandi. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah persembahan tarian, lakonan, nasyid dan puisi oleh para pelajar. Aktiviti recall diakhiri dengan nyanyian ramai “ We are the world “ dan bersalaman dengan guru-guru. Acara ini berakhir pada jam 2:00 pagi.
Taklimat dari unit pendidikan Biro Kawalan Narkotik telah diadakan pada 22hb Mac jam 9:00 pagi bertempat di dewan Maktab. Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mempertingkatkan kesedaran para pelajar tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan akibatnya, Cara-cara menghindari perbuatan penyalahgunaan dadah dan Tindakan undang-undang keatas penyalahgunaan dadah dan perkara yang berkaitan dengannya..
Pada masa yang sama, pihak Maktab juga telah menjemput Program Rakan Harmoni iaitu mereka yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan pada waktu ini mereka berkerjasama dengan pihak BKN dalam membantu memberikan kesedaran kepada para pelajar untuk tidak terjerumus ke kancah penyalahgunaan dadah. Selepas mendengar taklimat, para pelajar telah menyaksikan pameran dari Unit Pendidikan Penyalahgunaan Dadah.
Tetamu kehormat pada hari tersebut ialah Cikgu Hj Bujang Bin Hj Masu’ud iaitu Ketua Editor The Brunei Times.
Aturcara dimulakan dengan ucapan oleh Pengetua Maktab dimana beliau menekankan tentang kepentingan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik bagi kehidupan yang terjamin pada masa hadapan. Aktiviti seumpama ini diharapkan dapat mempertingkatkan motivasi para pelajar dan pada masa yang sama segala objektif di dalam program ini dapat diserapkan ke dalam minda pelajar.
Tetamu kehormat juga memberi sedikit ucapan dimana beliau menyentuh tentang kewibawaan seorang “Leader” yang dipetik dari tema perkemahan kali ini iaitu “aspiring Leaders”.
Acara seterusnya ialah persembahan dari para peserta perkemahan dari setiap sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri dan Sekolah Menengah Sayiddina Umar Al Khattab, Lumapas dan juga dari Maktab SOAS selaku pengelola perkemahan ini.
Tetamu kehormat juga telah berkesudian menyampaikan sijil-sijil dan cenderahati kepada fasilitator, peserta, sukarelawan dan penaja-penaja kem motivasi ini. Antara penaja-penaja kem motivasi ini ialah AEWON, S-Imagine Art dan Borneo Printers.