? ??????????????White Cloud? ????? ?? ???Rating: 4.1 (121 Ratings)??252 Grabs Today. 23086 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Purple Warp? ????? ?? ???Rating: 4.3 (93 Ratings)??239 Grabs Today. 12569 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Love Colo BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Ahad, 19 April 2009

KURSUS PRS ANJURAN MAKTAB SOAS 2009

Dipetik dari Media Permata: Jumaat, 17 April 2009
Oleh Mohammad Abdullah


Kaunselor dari sekolah yang menyertai kursus PRS bergambar ramai.



Membaca ikrar pelajar dan ikrar PRS.



Peserta program PRS mengikuti kursus pembimbing rakan sebaya.


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Seramai 149 pelajar dari empat buah sekolah mengikuti program kursus pembimbing rakan sebaya yang dianjurkan Jabatan Bimbingan dan Kaunseling Maktab Sultan Omar Ali Saifuddein (SOAS) hari ini.

Dengan bertemakan "Reaching For The Stars", penuntut yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dari Maktab Sultan Omar Ali Saifuddein, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Sekolah Menengah Rimba dan Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri mengikuti kursus selama tiga hari.

Sepanjang tempoh itu mereka diberi taklimat, bimbingan mengenai asas PSR dan juga mengikuti aktiviti untuk meningkatkan lagi taraf dan kemahiran diri sebagai seorang PRS.
Program PRS berbeza daripada program lain kerana menggunakan pengaruh rakan sebaya dan anggota PRS dilatih dan diselia secara teratur mengikut modul latihan yang terancang dalam bidang asas komunikasi dan kaunseling.

Program itu bertujuan bukan untuk menjadikan mereka sebagai kaunselor tetapi membekalkan mereka dengan kemahiran penting dalam perhubungan manusia. Kaunselor sekolah diberi amanah untuk melatih mereka dengan lengkap sebelum diiktiraf sebagai PRS.

Di samping itu di sekolah PRS bertindak sebagai penyambung kepada khidmat kaunseling dengan mengadakan perbincangan dan menggalakkan rakan bertemu dengan kaunselor supaya masalah mereka dapat dibantu dengan lebih berkesan.

Prinsip asas program PRS iaitu membantu diri supaya dapat membantu orang lain menggalakkan anggota PRS sentiasa meningkatkan diri dan bersikap positif.
Mereka menjadi contoh teladan yang baik kepada rakan sebaya dari segi akademik dan juga perhubungan manusia.