? ??????????????White Cloud? ????? ?? ???Rating: 4.1 (121 Ratings)??252 Grabs Today. 23086 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Purple Warp? ????? ?? ???Rating: 4.3 (93 Ratings)??239 Grabs Today. 12569 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Love Colo BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 20 Februari 2009

MSOAS Anjurkan Kursus Kepimpinan


Pengendali kursus memberi tunjuk ajar kepada para pelajar yang menyertai kursus berkenaan
MEDIA PERMATA
FEB, 17 / 2009 (Selasa): Oleh Mohammad Abdullah

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Kepemimpinan bukan sahaja bagi memimpin sesebuah organisasi malah ia juga adalah bagi diri sendiri, menurut Pengetua Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS) Pg Hj Zahari Pg Hj Ahmad.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada Kursus Kepimpinan bagi ahli majlis pelajar / pengawas yang diadakan di Dewan Maktab SOAS.

Kursus Kepimpinan yang berlangsung selama tiga hari adalah anjuran Maktab SOAS dan pada tahun ini bagi mengongsi ilmu di kalangan institusi pendidikan yang berdekatan beberapa penuntut dari sekolah menengah berdekatan dijemput menyertainya.

Pelajar dari empat buah sekolah turut mengikuti kursus tersebut iaitu dari Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS) sebagai tuan rumah, Sekolah Menengah Jamalul Alam (SMJA), Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) dan Sekolah Menegah Menglait.

Kursus tersebut dikendalikan oleh Pengurus Syarikat AZ.s Excel Management Kolonel (B) Hj Zainal Hj Harun.

Antara tujuan kursus kepimpinan tersebut adalah bagi meningkatkan lagi tahap kepimpinan pengawas dan ahli-ahli majlis pelajar serta mengongsi maklumat dan pegalaman di kalangan ahli majlis pelajar dan pengawas.